CLIMAVORE: GAYA HIDUP PEMILIHAN MAKANAN BERDASARKAN KEPADA IMPAK PERUBAHAN IKLIM  

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Apakah itu Climavore? Ianya merupakan diet pemakanan atau pemilihan makanan berdasarkan kepada impak iklim semasa dengan pengamalan tahap kesedaran dalam memilih makanan dan pemilihan diet yang memberi kesan positif kepada alam sekitar.

Amalan/kesedaran climavores berkisar kepada penukaran sumber protein utama seperti daripada daging lembu atau kambing kepada ayam atau daging khinzir kepada sumber bijiran soya yang mana dilihat akan memberikan kesan jangka masa panjang terhadap diet peribadi dan juga alam sekitar amnya. Golongan climavores ini juga melihat lembu, kambing dan keju berada pada skala tertinggi kerosakan pada alam sekitar diikuti khinzir pada peringkat pertengahan dan skala terendah adalah ayam dan telur. Manakala kesemua sumber tanaman tumbuhan boleh dikategorikan sebagai impak paling rendah kepada perubahan iklim dunia.

Kebanyakan pengguna sekarang mengamalkan langkah perlahan-lahan dalam mengikuti amalan diet climavorism seperti bergerak daripada diet daging kepada ayam. bagi menggurangkan jejak karbon-iklim per individu. Sebagai contoh di United States (US), penukaran diet daging lembu kepada sebarang sumber makanan alternatif (ayam, ikan dan sumber protein tumbuhan) dalam hanya seminggu sekali boleh menurunkan perlepasan CO2 kepada persamaan memandu kenderaan sejauh lebih kurang 1,200 km/individu atau berada di dalam kapal terbang dengan jarak perjalanan sejauh 3,200 km/individu.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

CIRCUMSICION PROGRAMME BILATERAL MALAYSIA THAILAND 2024

CIRCUMCISION PROGRAMME 2024 TARIKH: 22 April 2024 MASA: 0930H – 1230H TEMPAT: Loh Jood Sub-District Administrative, Organisation, Waeng, Narathiwat Thailand …
Maklumat Lanjut

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pengambilan Pelatih …
Maklumat Lanjut

PERBELANJAAN ISI RUMAH DIUNJUR MENINGKAT KEPADA RM903.8 BILION

KUALA LUMPUR: BMI, firma penyelidikan di bawah Fitch Solutions menjangkakan perbelanjaan isi rumah Malaysia akan naik lima peratus dari tahun …
Maklumat Lanjut