?? ?????? ????? ??????? ????? ????? ?????? ??????????? ????

???,??? ????????? ????? ?????????? ????????? ????

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2022Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba mengumumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama agensi pelaksana, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), akan menerajui pembangunan industri teknologi dron (DroneTech) tempatan. Ia bertujuan untuk membangunkan 5 juara DroneTech bertaraf antarabangsa, di samping menempatkan Malaysia di antara 10 negara teratas di dunia untuk kesediaan dron (peraturan) dan penggunaan dron (pasaran) menjelang tahun 2030.

Bidang tumpuan yang terpilih untuk pembangunan dron secara intensif melibatkan sektor Pertanian, Logistik, Media Kreatif dan Rekreasi, Pemuliharaan Alam Sekitar, Pertahanan dan Maritim, Kawalan Penyakit, Mitigasi dan Bantuan Bencana, Perancangan Harta Tanah dan Pembinaan serta Tenaga.

Kerajaan menyasarkan 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui Industri dron di Malaysia, selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#mosti #stie #STIpemacuekonomi #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #Drone

 

SUMBER: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)Β  https://www.facebook.com/officialmosti

Artikel/Berita Terkini

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN β€˜KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei):Β Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut