PROGRAM TURUN PADANG BERSEMUKA PENYEWA-PENYEWA BERTUNGGAKAN SEWA

Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) telah mengadakan Program Turun Padang Sesi Bersemuka Bersama Penyewa di PPR Kerinchi, Lembah Pantai pada 26 April 2022 (Selasa).

Program ini disertai bersama Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah JPKKB. Penyewa-penyewa yang ditemui merupakan mereka yang mempunyai tunggakan sewa yang tinggi.

Tujuan Program ini diadakan adalah :

  • sebagai salah satu inisiatif memujuk penyewa untuk menjelaskan tunggakan sewa;
  • menyampaikan peringatan mengenai tanggungjawab sebagai penyewa untuk menjelaskan bayaran sewa setiap bulan;
  • memaklumkan tindakan yang akan dikenakan sekiranya gagal membayar sewa; dan
  • memberi kesedaran supaya menghargai kemudahan tempat tinggal yang telah diberikan dengan kadar sewa yang paling rendah.

Lawatan ke unit turut diadakan ke atas penyewa yang gagal menghadiri sesi bersemuka tersebut. Program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan-kawasan Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang lain untuk menjejaki penyewa yang culas menjelaskan bayaran sewa dengan tunggakan yang tinggi.

Pendekatan ini adalah bagi mengenalpasti secara langsung sebab kegagalan mereka melunaskan bayaran sewa.

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …