Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) telah mengadakan Program Turun Padang Sesi Bersemuka Bersama Penyewa di PPR Kerinchi, Lembah Pantai pada 26 April 2022 (Selasa).
Program ini disertai bersama Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah JPKKB. Penyewa-penyewa yang ditemui merupakan mereka yang mempunyai tunggakan sewa yang tinggi.
Tujuan Program ini diadakan adalah :
- sebagai salah satu inisiatif memujuk penyewa untuk menjelaskan tunggakan sewa;
- menyampaikan peringatan mengenai tanggungjawab sebagai penyewa untuk menjelaskan bayaran sewa setiap bulan;
- memaklumkan tindakan yang akan dikenakan sekiranya gagal membayar sewa; dan
- memberi kesedaran supaya menghargai kemudahan tempat tinggal yang telah diberikan dengan kadar sewa yang paling rendah.
Lawatan ke unit turut diadakan ke atas penyewa yang gagal menghadiri sesi bersemuka tersebut. Program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan-kawasan Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang lain untuk menjejaki penyewa yang culas menjelaskan bayaran sewa dengan tunggakan yang tinggi.
Pendekatan ini adalah bagi mengenalpasti secara langsung sebab kegagalan mereka melunaskan bayaran sewa.
SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURÂ https://www.facebook.com/dbkl2u