PROGRAM KASIH RAMADAN 1443H MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, Program Kasih Ramadan 1443H anjuran Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Sahabat Masjid, MyCar e-hailing, Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) dan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah diadakan di dewan serbaguna dengan kehadiran penerima sumbangan berjumlah 150 keluarga. Penerima-penerima merupakan mereka yang kurang berkemampuan dan dalam kategori asnaf yang menetap di sekitar Kuala Lumpur. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ybrs. Encik Wan Rusli bin Wan Muda, Timbalan Pengerusi Sahabat Masjid manakala ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Wakil dari setiap penyumbang turut bersama-sama YBhg. Datuk Pengarah JAWI menyerahkan sumbangan kepada penerima-penerima pada majlis tersebut.

Sumber : FB MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN – RASMI https://www.facebook.com/masjidwilayahpersekutuan

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut