KEJAYAAN MENUMPASKAN SINDIKET PENGEDARAN DAN PEMBONGKARAN STOR DADAH SYABU DAN GANJA OLEH BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK, PDRM SPT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Pada 28 April 2022,  YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri satu sidang media ???????? ??????????? ???????? ?????????? ??? ???????????? ???? ????? ????? ??? ????? ???????? ?????,???.?? ???? ???????? ???????? ??????? ???????? ???????? ????? ?????? ????? ?????? yang berlangsung di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Beliau memaklumkan, pada 25 April 2022 dan 27 April 2022, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah melancarkan operasi terancang di kawasan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Dalam operasi ini pihak polis telah berjaya menangkap (5) warganegara tempatan dan (1) warganegara asing berumur 22 hingga 55 tahun yang terlibat dengan aktiviti mengedar dadah jenis syabu dan ganja.

Dalam serbuan tersebut pihak polis berjaya merampas :-

  • Bungkusan dadah syabu anggaran berat 1,055 gram bernilai RM37,980.00,
  • Bungkusan dadah syabu anggaran berat 666.6 gram bernilai RM23,997.50,
  • (14) Bungkusan dadah syabu anggaran berat 14,365 gram bernilai RM517,140.00,
  • (5) Bungkusan dadah ganja anggaran berat 4,864 gram bernilai RM12,160.00.
  • Bungkusan dadah syabu anggaran berat 621 gram bernilai RM22,356.00.
  • Paket plastik dadah ganja anggaran berat 41 gram bernilai RM102.50.
  • (144) Bungkusan ketulan mampat dadah ganja anggaran berat 146,250 gram bernilai rm365,625.00.

Hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket ini telah bergiat aktif sejak bulan Januari 2022 untuk pasaran tempatan. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 385,848 orang penagih dadah.

Tindakan juga diambil di bawah akta dadah berbahaya (pelucuthakan harta) 1988, di mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang ini telah menyita (3) buah kenderaan dengan jumlah keseluruhan sitaan ialah RM45,00.00.

Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah ???,???,???.??. Kes disiasat di bawah seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup. Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada (15) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut