KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN MERASMIKAN MASJID SAIDINA UMAR AL-KHATTAB, KG. TANJUNG GAHAI, LIPIS

LIPIS, 29 April 2022 – Patik menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi merasmikan Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Kg. Tanjung Gahai, Lipis.

Kampung Tanjung Gahai merupakan kampung halaman patik di mana di sinilah patik dilahir dan dibesarkan. Sesungguhnya, patik sekalian hamba rakyat berasa amat berbangga dan bertuah kerana dianugerahkan seorang putera mahkota yang begitu prihatin, cakna dan mengambil berat terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini terutamanya dalam aspek pengembangan syiar Islam.

“Andai teguh pohon kerana akarnya, teguh akar kerana tanahnya, teguh syiar Islam di Pahang kerana Rajanya”.

Dirgahayu Tuanku.

Sumber: Laman FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut