JPJ PULAU PINANG: SAFETY AWARENESS AND FOCUSED ADVOCACY FOR ROAD USERS (SAFER)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Pulau Pinang bersama anggota Unit Operasi JPJ Negeri telah mengadakan advokasi keselamatan jalan raya terhadap penunggang dan pembonceng motosikal dan juga P-hailing di laluan utama bandaraya dan pusat beli-belah utama di Pulau Pinang menjelang ops HRA 2022 yang akan dilaksanakan bermula 29 April sehingga 08 Mei 2022.

Nasihat keselamatan di jalan raya dan pematuhan undang-undang serta nasihat pemanduan dengan berhemah dan bertimbang rasa semasa di jalan raya diberi penekanan utama semasa advokasi tersebut. Di antara nasihat diberi adalah berhenti ketika lampu isyarat merah, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, menggunakan topi keledar yang mendapat kelulusan Sirim, mempunyai lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) berkuatkuasa dan juga memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan di jalan raya.

Semoga dengan advokasi yang telah dilaksanakan ini serta panduan keselamatan yang diberi, diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal khususnya di Daerah Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang di musim perayaan ini, serta dapat mendidik penunggang dan pembonceng motosikal mengamalkan sikap pemanduan berhemah, patuh pada peraturan dan undang-undang semasa memandu. Keselamatan pengguna ketika di jalan raya menjadi keutamaan jabatan serta tanggungjawab kita bersama. Ingat Insan Tersayang, Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai ke Destinasi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …