SEKURITI MAKANAN NEGARA SENTIASA DIUTAMAKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Sejarah telah merekodkan berlakunya kejadian kebuluran yang besar seperti di negara China (1959-1961) dan Ireland (1845) atau dikenali sebagai “The Great Famine” yang telah mengorbankan jutaan nyawa manusia. Justeru, perkara ini sentiasa di titik beratkan oleh Kerajaan dan beberapa inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengelak daripada negara mengalami nasib yang sama.

Saban tahun import makanan negara semakin meningkat. Negara telah merekod kadar import defisit bagi makanan yang dimana terus meningkat iaitu RM21.6 bilion pada tahun 2020 kepada 28.7 bilion pada tahun 2021. Selain daripada memperkenalkan dasar-dasar Kerajaan untuk meningkat kadar makanan dalam negara, kini Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Keselamatan Negara (2021-2025) melalui Majlis Keselamatan Negara yang turut merangkumi Sekuriti Makanan sebagai salah satu teras yang penting dalam keselamatan negara. Dengan memperkenalkan dasar berkenaan semua agensi Kerajaan harus memastikan sumber makanan negara adalah mencukupi bagi setiap rakyat di negara ini.

Indeks Sekuriti Makanan Global (Global Food Security Index) pada tahun 2021 telah menunjukkan Malaysia berada di kedudukan yang baik di tangga ke-39 Dunia berbanding tempat ke-48 pada tahun sebelumnya.

Justeru, dengan pelbagai usaha dan inisiatif Kerajaan, kini Malaysia akan terus makmur dan akan memastikan setiap rakyatnya mendapat akses kepada makanan yang secukupnya.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …