JEMPOL , 27 April 2022 – ASP Muhamad Khalid bin Mohamed Yahaya, (KBPJKKD) telah mengiringi Tuan Haji Shahnon bin Mohamed, – Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan dalam Program Cakna Ramadhan dan pengagihan bubur pulut hitam yang dijalankan di Jalan Besar Hadapan Kg. Lonek Batu Kikir Jempol. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia dengan kerjasama di antara pihak Jabatan Penerangan dan PDRM Jempol bersama semua Non Government Organisations (NGO).
Program bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dan sillaturrahim satu sama lain khususnya PDRM IPD Jempol dan masyarakat. Seterusnya, dapat mengisi aktiviti rohani di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Pengagihan diberikan kepada pengguna jalanraya yang melalui jalan besar hadapan Kg. Lonek Batu Kikir Jempol.
Turut hadir pada program ini Encik Khairul Annuar bin Mansor, – Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia, Encik Mohd Faiz bin Mohd Zin, – Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia merangkap Komuniti Keluarga Malaysia, Encik Mohd Azreen bin Abdullah, – Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia Caw. Negeri Sembilan menangkap Duta Komuniti Negeri Sembilan, Puan Siti Noorezrin binti Mahmood, – Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Jempol, Puan Nurulazma Shafiqah binti Khairul Azhar, – Pengurus Pusat Komuniti Pusat Komuniti Desa Serting Ilir, Encik Abdullah bin Abdul Rahman, – Pengerusi JPKKP dan Puan Hajah Norasiah binti Harun, – Pengerusi Koperasi Homestay Kg. Lonek.
Sumber : FB IPD Jempol
Gambar : PMR Jempol