OP SELAMAT 18

Polis Diraja Malaysia menjangkakan sebanyak kira-kira 2 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Ekoran pertambahan berkenaan, Op Selamat 18 telah dilancarkan pada Selasa 26 Apr 2022 tempoh hari. Majlis pelancaran tersebut telah disempunakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain di hadapan Menara Telekom Malaysia (TM).

Pada Op Selamat Kali ini, pihak PDRM akan mengoptimumkan penggunaan alat ‘In-Car Radar’ di sepanjang lebuh raya dan jalan raya utama. Alat tersebut membolehkan semua kereta peronda polis mengesan mana-mana kenderaan yang terbabit dalam kegiatan jenayah serta pemilik yang memiliki rekod jenayah dikehendaki polis.

Disamping itu juga, para pengguna lebuhraya yang ingin pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman, adalah diingatkan agar merancang setiap perjalanan pergi dan balik. Bagi pengguna lebuhraya, jalan-jalan utama atau jalan persekutuan keghairahan menyambut lebaran atau pulang ke desa tersebut perlulah seiring dengan sikap sentiasa berhati-hati dan mengamalkan sikap berhemah di dalam pemanduan.

 

GAMBAR IHSAN: GOOGLE

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut