MAJLIS BERBUKA PUASA MKNPP BERSAMA PENDUDUK TAMAN ILMU, SPS

Pada 26 April 2022 (Selasa) telah diadakan majlis berbuka puasa anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) bersama penduduk Taman Ilmu dan sekitar di Surau Raudhatul Ilmi, Taman Ilmu, Nibong Tebal, SPS.
Kehadiran tetamu kira-kira 200 orang yang melibatkan pelbagai latar belakang telah memeriahkan lagi majlis berbuka puasa di surau tersebut. Pengajuran dan sambutan majlis sebegini oleh orang ramai secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dan merapatkan ukhuwah sesama masyarakat dimana dapat memenuhi aspirasi #KeluargaMalaysia dan mencapai Kesepaduan Nasional seperti Teras 3, Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …