JOHOR BAHRU, 28 April 2022 – DYMM Sultan Johor, DYMM Permaisuri Johor, DYAM Tunku Mahkota Johor dan Keluarga DiRaja Johor telah menyantuni Bangsa Johor sejak sekian lama. Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 sahaja, Keluarga DiRaja Johor telah menyumbang sebanyak RM123juta merangkumi pelbagai jenis sumbangan yang telah membantu hidup seramai 1.6juta penduduk Bangsa Johor.
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim atas kurniaan Keluarga Diraja Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada seluruh Bangsa Johor.
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Kasih juga kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor yang berkenan mengurniakan sumbangan kepada Bangsa Johor menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kurniaan sumbangan peribadi DYAM Tunku Mahkota Johor kepada rakyat.
Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan. Raja, pemimpin dan rakyat berpisah tiada.
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor