KES MENCABUL KEHORMATAN: SUSPEK DITUDUH DI MAHKAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 27/4/2022, Seorang penghantar makanan, warga tempatan berumur 28 tahun telah didakwa di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang kerana telah melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang perempuan dengan cara meraba payu dara di daerah Timur Laut.

Mengikut kertas pertuduhan, kira-kira jam 12.30 tengah hari pengadu menunggang motosikal berhampiran lampu isyarat Jalan Bukit Gambir arah Sungai Nibong sebelum tertuduh yang turut menunggang motosikal dengan berpakaian kerja datang dari arah belakang menuju ke sebelah kanan sebelum menghimpit kenderaan yang dinaiki mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan cara meraba payudara dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita warga Indonesia itu.

Tertuduh mengaku bersalah dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000.

 

Sumber:

IPD Timur Laut Pulau Pinang

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …