KEMPEN BALIK KAMPUNG DENGAN SELAMAT SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2022

Selaras dengan pengumuman Kerajaan berhubung pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022, kadar trafik serta kenderaan pada Perayaan Hari Raya Aidilfitiri pada tahun ini dijangka akan meningkat sebanyak 4.7 juta.

Menyedari hakikat itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan Persatuan Penddidikan Keselamatan Jalan Raya Putrajaya telah mengadakan Kempen Balik Kampung Dengan Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 2 baru-baru ini.

Sesi advokasi pada kali ini memberikan tumpuan dalam memberi peringatan tentang langkah-langkah yang harus dilakukan sebelum pulang ke kampung seperti memeriksa kenderaan, peka dengan keadaan pemanduan, berehat seketika sekiranya mengantuk dan rancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Khidmat nasihat dan risalah keselamatan jalan raya turut diberikan kepada pengunjung bazar ramadhan untuk memupuk kesedaran mengenai pentingnya aspek pematuhan peraturan jalan raya di saat peningkatan kadar trafik menjelang musim perayaan ini. Sesi advokasi khas ini akan diadakan pada setiap hari di seluruh negeri bagi memastikan bilangan kemalangan jalan raya dapat dikurangkan sepanjang musim perayaan.

JPJ akan terus melaksanakan program-program berbentuk advokasi sebegini bagi mencapai visi dalam menjadikan β€œMalaysia, Sebuah Negara Sifar Kematian Akibat Nahas Jalan Raya” sekaligus memupuk kesedaran kepada pemandu kenderaan supaya sentiasa peka dengan kenderaan yang dipandu di samping menerapkan budaya pemanduan yang selamat ketika berada di jalan raya.

Sumber : FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

CIRCUMSICION PROGRAMME BILATERAL MALAYSIA THAILAND 2024

CIRCUMCISION PROGRAMME 2024 TARIKH: 22 April 2024 MASA: 0930H – 1230H TEMPAT: Loh Jood Sub-District Administrative, Organisation, Waeng, Narathiwat Thailand …
Maklumat Lanjut

PERBELANJAAN ISI RUMAH DIUNJUR MENINGKAT KEPADA RM903.8 BILION

KUALA LUMPUR: BMI, firma penyelidikan di bawah Fitch Solutions menjangkakan perbelanjaan isi rumah Malaysia akan naik lima peratus dari tahun …
Maklumat Lanjut