ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA OPS HARI RAYA AIDILFITRI (HRA) 2022 OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 28A APRIL 2022 – Unit Operasi bersama Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan advokasi keselamatan jalan raya sempena Ops HRA 2022 terhadap pemandu dan pengguna KPA di sekitar Daerah Barat Daya dan dan Timur Laut. Operasi ini diadakan pada 27 April 2022 bermula pada jam 9.00 pagi – 2.00 petang. Operasi ini bertempat di Daerah Barat Daya dan Timur Laut serta di Terminal Bas Penang Sentral dan Sungai Nibong.

Advokasi yang dilakukan bersempena musim perayaan Aidilfitri ini memberi penekanan utama kepada :

  • keperluan memiliki lesen memandu, Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Lesen Kenderaan Motor (LKM), serta disk puspakom yang berkuatkuasa;
  • nasihat keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang serta pemandu mempunyai rehat yang cukup semasa memandu; dan
  • memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan di jalan raya

Semoga dengan advokasi yang telah dilaksanakan ini dan tip-tip keselamatan yang telah diberi, kadar kemalangan di jalan raya membabitkan KPA khususnya di negeri Pulau Pinang dapat dikurangkan serta dapat mendidik pengguna jalan raya mengamalkan sikap pemanduan berhemah, patuh pada peraturan dan undang-undang.

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …