?????? ??????? ????? ??????? ??????? ???????? ??????? ?????? ?????? & ?????? ?????? ??-?????

Β  Β 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Masjid Tuanku Muhriz dan Pejabat Belia & Sukan Daerah Jempol telah menjayakan Majlis Jalinan Kasih Ramadan Bersama Komuniti Muallaf Daerah Jempol & Majlis Khatam Al-Quran 1443/2022.

Program ini bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah Islamiah antara masyarakat setempat termasuk komuniti Saudara Baharu dengan agensi agama di daerah. Kesemua muallaf telah diraikan dan menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Jempol, Puan Nawal binti Mohamed Amin. Para muallaf turut menerima Pek Infaq Ramadan daripada pihak Kedai Runcit Sentosa Maju (KRSM) dan hamper kuih raya.

Majlis yang meriah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Daerah Jempol sendiri. Majlis yang dihadiri seramai 700 tetamu telah bermula dari jam 5.30 petang dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran anak-anak pelajar dan peserta Tadarus Masjid Tuanku Muhriz.

Turut hadir bersama Penyelaras DUN Serting, Tuan Rahman Ramli, Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan S. Musliadi Sabtu, Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham dan Sohibul Fadhilah Tuan Norhisham bin A. Hassan, Timbalan Pegawai Agama Islam JHEAINS Jempol.

Β  Β 

Sumber : FB JHEAINS “Official”

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …