SEINDAH RAMADAN DI BUMI MALAYSIA BERSAMA WARGA PALESTIN

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui JAWI Food Bank dengan kerjasama Aman Palestin Berhad telah menyampaikan sumbangan Musa’adah Palestin sempena bulan Ramadan kepada 200 orang penerima dalam kalangan warga Palestin di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 14 April 2022 yang lalu. Program disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim,Timbalan Pengarah Operasi JAWI .Turut hadir Encik Awang Suffian Awang Piut, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin dan YBrs. Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI.

Setiap penerima sumbangan menerima wang tunai RM300 dan barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, tepung, dan beras bernilai RM150 dengan keseluruhan nilai sumbangan berjumlah RM90,000.00. Turut diadakan majlis berbuka puasa bagi meraikan warga Palestin yang berada di Malaysia khususnya sekitar Kuala Lumpur. Majlis ini juga diserikan lagi menu tambahan air cendol sumbangan MAIWP untuk juadah berbuka.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIFoodBank

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …