IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADAN SIRI-198: HUKUM PESAKIT COVID-19 TIDAK BERPUASA KETIKA BULAN RAMADAN
Soalan
Assalamualaikum S.S Datuk, saya ingin bertanya adakah kita dibolehkan untuk tidak berpuasa jika kita disahkan positif Covid-19 dan mengalami demam?
Ringkasan Jawapan
Pesakit Covid-19 yang tidak bergejala dan tidak memerlukan ubat-ubatan maka dia tidak boleh untuk berbuka puasa. Adapun bagi mereka yang bergejala teruk atau bergejala ringan namun memerlukan ubatan untuk mengelakkan daripada penyakitnya manjadi semakin parah maka dia dibenarkan untuk tidak berpuasa. Untuk memastikan penyakit tersebut benar-benar boleh mendatangkan kemudaratan perlu disahkan oleh pegawai perubatan yang beragama Islam dan merupakan seorang yang dipercayai.
SUMBER: FB PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUANΒ https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan