KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan mendekati masyarakat pelbagai kaum di negeri ini dalam usaha menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia.
Pendekatan itu dibuat menerusi sambutan Aidilfitri dengan membawa semangat Keluarga Malaysia.
Sepanjang Ramadan sebanyak 40 program disusun Yadim pada tahun ini bagi memeriahkan lagi bulan kebesaran umat Islam itu.
Ia merangkumi pelbagai program antaranya Program Musaadah Yadim, Program Prihatin Asnaf dan Program Jelajah Barokah Sahur.
RM50,000 diperuntukkanย bagi Program Ihya Ramadan Yadim di seluruh negeri ini sepanjang tempoh sebulan.