PULAU PINANG: OPERASI BERSEPADU KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN

DASAR KESELAMTAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Pelesenan pada 25 April 2022 telah mengadakan Operasi Bersepadu Kebersihan Premis Makanan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang di sekitar premis makanan bandaraya George Town.

Pemeriksaan mengejut ini adalah bertujuan untuk memastikan premis-premis makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dikunjungi para pelanggan. Hasil pemeriksaan hari ini mendapati sebanyak dua buah premis makanan tidak mencapai tahap kebersihan sewajarnya dan penemuan najis tikus di dalam premis. Premis-premis tersebut telah diarahkan ditutup selama 14 hari mulai 25 April 2022 hingga 8 Mei 2022 dan perlu melaksanakan pembersihan segera secara menyeluruh sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas kepada semua premis makanan sekiranya didapati mengabaikan tahap kebersihan seluruh kawasan premis. Jangan jadikan pelanggan sebagai mangsa kepada sikap pengotor dan tidak bertanggungjawab ini.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut