OPS SAMAR PEMATUHAN SOP PPN FASA ENDEMIK

 

KUALA KRAI : Sepasukan 4 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Pemantauan, Pemeriksaan dan Pematuhan di lokasi-lokasi tumpuan awam.
Ops Samar Pematuhan SOP PPN Fasa Endemik terhadap Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Peruncitan mendapati premis mematuhi perundangan yang ditetapkan.
Pemantauan dan pemeriksaan telah dijalankan ke atas rantaian pembekalan telur ayam dan bekalan semasa telur ayam direkodkan semasa pemeriksaan untuk tindakan selanjutnya.
Pemeriksaan dan pemantauan keatas farmasi-farmasi komuniti, fasiliti kesihatan dan premis yang dibenarkan yang menjual Kit ujian kendiri Covid-19 yang diluluskan MDA telah dijalankan, maklumat harga dan bekalan semasa yang ada di pasaran direkodkan.
Maklumat harga jualan minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol direkodkan, untuk pelaporan dan tindakan selanjutnya.
Jumlah Pemeriksaan Premis yang telah dijalankan sebanyak 31 premis dilawati dan kenyataan pemeriksaan premis dikeluarkan.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
?e-aduan.kpdnhep.gov.my
? Tel : 09-7416000
? Whatsapp : 019-2794317 @ 019-848000 (Aduan Pengguna)
? Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

PENGGUNAAN ALKOHOL, E-ROKOK DALAM KALANGAN BELIA ‘MEMBIMBANGKAN’ – WHO

COPENHAGEN: Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) cawangan Eropah menyatakan penggunaan alkohol dan e-rokok secara meluas dalam kalangan remaja adalah ‘membimbangkan’ …
Maklumat Lanjut

TMM2024: PAKEJ ‘MELAKA NIGHTLIFE’ BERMULA JUN

Bandaraya Melaka – Melaka menawarkan Pakej ‘Melaka Nightlife’ atau juga dikenali sebagai Melaka: Bila Larut Malam kepada pengunjung dan pelancong …
Maklumat Lanjut

GUNA NAMA KEMENTERIAN KOMUNIKASI TAKTIK TERBAHARU PERDAYA MANGSA

GUNA NAMA KEMENTERIAN KOMUNIKASI TAKTIK TERBAHARU PERDAYA MANGSA Taktik terbaharu sindiket penipuan menggunakan nama Kementerian Komunikasi sebagai modus operandi untuk …
Maklumat Lanjut