MARITIM TINGKAT KAWALAN DI PERAIRAN NEGARA SEMPENA AIDILFITRI

 

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan memperketatkan kawalan di perairan negara bagi mengekang pencerobohan nelayan warga asing dan penyeludupan pada musim perayaan Aidilfitri.

Penugasan dilakukan menerusi Operasi Khas Pagar Laut Siri 1/2022 (Op Pagar Laut) bermula 19 April lalu sehingga 17 Mei depan.

Penceroboh atau penyeludup menganggap kawalan yang longgar semasa perayaan, bagaimanapun sebaliknya Maritim sentiasa bersiap siaga malah meningkatkan kawalan pada seminggu sebelum, semasa dan seminggu selepas Aidilfitri bagi menghalang aktiviti jenayah di perairan.

Sejumlah 115 kekuatan anggota atau 70 peratus daripada 165 keanggotaan Maritim terbabit dalam penugasan ketika perayaan dengan 43 mereka bertugas bagi mengendalikan aset-aset Maritim di perairan negara.

Op Pagar Laut melibatkan kawasan perairan negara seluas 27,637 kilometer persegi yang dikuatkuasakan menerusi tiga aset utama Maritim iaitu Bot Kilat 28, Perkasa 33 dan Perkasa 32 bagi menghalang pencerobohan nelayan asing, aktiviti penyeludupan dadah, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kontraban.

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut