KKM REKOD LAPAN KEMATIAN BAHARU COVID19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam Isnin.

Menurut data di portal CovidNow, dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).Sejumlah 2,478 kes baharu Covid-19 juga direkodkan setakat jam 11.59 malam Isnin.

Justeru, jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,507 orang daripada 4,396,596 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, sebanyak 68,007 kes aktif dilaporkan, termasuk 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 63 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu juga, sebanyak 9,215 kes sembuh dilaporkan.

SUMBER: SINAR

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut