JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS MENJALANKAN RONDAAN, PEMANTAUAN, PENCEGAHAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah dijalankan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4 dan IKS Sg. Tiram pada 24 April 2022 mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan komersial telah dijalankan di sekitar Batu Maung, Permatang Damar Laut, Kampung Seronok, Bayn Lepas, Sungai Tiram, Bayan Baru, Batu Uban, Greenlane, Jalan Masjid Negeri, Mount Erskine, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Lembah Permai, Batu Ferringhi, Teluk Bahang, Balik Pulau, Relau, Paya Terubong, Ayer Itam, Bukit Bendera, Gelugor dan Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut