VIDEO KISAH DI SEBALIK JUADAH POPULARKAN MAKANAN KELANTAN

 

KOTA DARULNAIM – Ramadan sudah hampir ke penghujung, seminggu lagi umat Islam bakal meraikan Syawal 1443H dalam kesyukuran.
Kerajaan Kelantan istiqamah menyampaikan peringatan demi peringatan dalam pelbagai medium dan kaedah dakwah demi membawa masyarakat mengingati Allah SWT.
Terkini, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, YB Dato’ Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman memaklumkan Kerajaan Kelantan melalui portfolio warisan dan pelancongan mengambil inisiatif mempopularkan lagi juadah tradisional Kelantan melalui klip video pendek yang bernuansa Islami.
Dato’ Md Anizam berkata, video tentang juadah warisan turun-temurun Negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut secara eksklusif dipersembahkan dengan kupasan dari aspek sejarah, falsafah dan ibrah yang berkait rapat dengan akidah, ibadah dan akhlak.
Tujuan utama penerbitan video bercorak santai ialah untuk mengajak masyarakat tempatan dan pelancong mengenali dengan lebih mendalam faktor penyebab air tangan klasik Melayu Kelantan begitu istimewa kerana ia berkaitan dengan nilai murni.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut