PROGRAM RAKAN MUDA DAY OUT SIRI 1 BAGI TAHUN 2022 PERINGKAT KAWASAN BATU

KUALA LUMPUR, Bersempena Bulan Ramadan ini, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dengan kerjasama Kelab Belia Sri Perak dan Majlis Belia Kawasan Batu serta Badan Amal Warga Asnaf telah menganjurkan Program Rakan Muda Day Out Siri 1 bagi tahun 2022 peringkat kawasan Batu pada hari ini bertempat di Dewan Kelab Belia Sri Perak, Perumahan Awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul.

Dalam program tersebut, turut diadakan aktiviti memasak juadah berbuka puasa dan bubur lambuk. Seramai 21 orang peserta menyertai program tersebut terdiri daripada peserta di bawah umur 30 tahun.

Program tersebut diakhiri dengan pengagihan bubur lambuk kepada penghuni Perumahan Awam Sri Perak.

Sumber : FB PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN BATU/WANGSA MAJU  https://www.facebook.com/profile.php?id=100064695670440

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …