PL HARGAI SUMBANGAN MPPWP DAN JPKK TANGANI COVID-19

LABUAN, 25 April – Perbadanan Labuan (PL) menghargai sumbangan dan kerjasama yang diberikan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan (MPPWP) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Labuan dalam menangani penularan COVID-19 di pulau itu.
Menurut Pengerusinya Datuk Seri Amir Hussien, MPPWP dengan kerjasama ketua-ketua kampung telah terlibat secara langsung mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan mengikut kampung-kampung di setiap zon.
“MPPWP dan JPKK turut terlibat dalam menjayakan program vaksinasi ketika Labuan mencatatkan kadar peningkatan jangkitan agak agak tinggi antara bulan Jun hingga Ogos 2021. “Program vaksinasi ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk. Labuan merupakan Wilayah Persekutuan terawal mencapai herd immunity berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya pada Majlis Apresiasi dan Iftar Pengerusi Perbadanan Labuan Bersama JPKK Dan MPPWP Labuan, di sini semalam.
SUMBER: MALAYSIAAKTIF

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …