MALIM GUNUNG DISARAN PERTINGKAT MUTU PERKHIDMATAN

 

KUALA KRAI – Antara tarikan pelancongan ke Kelantan ialah keindahan alam semula jadi, seperti air terjun, jeram, gunung-ganang, bukit-bukau dan hutan-rimba. Tidak terkecuali, Taman Negeri Gunung Stong Jelawang pun menjadi destinasi pilihan utama pelancong dalam dan luar negara.
Oleh itu, Malim Gunung menggalas satu tugas yang besar dalam memberi perkhidmatan selaku ‘duta’ dan jurucakap kepada Kerajaan Negeri.
Tahniah kepada usaha Malim Gunung Kelantan yang kreatif dalam mengajurkan program-program bersifat antarabangsa. Kita berharap acara yang dianjurkan semakin ditambah nilai agar Negeri Kelantan dapat dikenali di seluruh dunia, tambahan lagi disini letaknya air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Anugerahkan kepada para pendaki sijil dan hadiahkan barang-barang cenderamata sebagai kenangan.
Malim Gunung dan pemandu pelancong menetapkan standard kos upah dan senarai perkhidmatan agar tidak timbul isu harga mahal atau perkhidmatan tidak memuaskan.
Perkara ini katanya, boleh dilakukan dengan memperkasakan fungsi Persatuan Malim Gunung Kelantan (PMGK).
70 Malim Gunong di seluruh Kelantan menghadiri majlis yang berlangsung di perkarangan kediaman Ahli Dewan Undangan (ADUN) Dabong, YB Ustaz Ku Zaki Ku Hussin.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut