MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK PENEROKA FELDA TENGGAROH TIMUR 1 DAN FELDA TENGGAROH 2, MERSING

MERSING, 25 April 2022 – YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi telah menyerahkan geran hak milik tanah kepada 679 peneroka di dua tanah rancangan Felda, iaitu Felda Tenggaroh 2 dan Felda Tenggaroh Timur 1, Mersing dalam sebuah Majlis Penyerahan Hakmilik Peneroka Felda Tenggaroh Timur 1 dan Felda Tenggaroh 2 di Dewan Serbaguna Felda Tenggaroh 2, Mersing.

Pemberian geran hak milik tanah ini adalah merupakan satu hadiah istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi untuk semua penerimanya. Berkat kesungguhan, kerja keras dan kesabaran para peneroka yang terbabit mengusahakan tanah masing-masing sejak beberapa dekad yang lalu kini bukan sahaja tapak rumah, malah tanah yang diusahakan turut menjadi hak milik mereka secara sah. Penyelesaian isu tanah akan menjadi 1 daripada 10 isu yang menjadi keutamaan kerajaan Johor dalam masa terdekat ini.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …