DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
JPJ Negeri Pulau Pinang memaklumkan penguatkuasaan terhadap 5 kesalahan utama tidak dibenarkan untuk dikompaun sebaliknya perlu diselesaikan di Mahkamah sahaja. 5 kesalahan tersebut adalah kesalahan tidak mematuhi lsyarat lampu merah, memandu melebihi had laju (AWAS), mengguna telefon bimbit semasa memandu, memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan (Potong Q).
Untuk makluman sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 yang akan bermula pada 29 April sehingga 8 Mei 2022, kesalahan-kesalahan lain seperti memotong garisan berkembar, tidak pakai tali pinggang keledar, membawa lebih muatan dan muatan bahaya juga akan ย dikuatkuasakan sepenuhnya. Tumpuan kawasan penguatkuasaan adalah di lebuhraya PLUS, jalan persekutuan, jalan utama negeri, pusat bandaraya dan kawasan kerap kemalangan.
Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh kepada peraturan dan undang- undang semasa memandu bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan saman, serta terlibat kemalangan disebabkan kecuaian. Ingat kecuaian semasa memandu boleh mengundang padah. Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai ke Destinasi.