KRT JPNIN LABUAN AGIHKAN 3,400 PEK BUBUR LAMBUK KEPADA KOMUNITI LABUAN SEMPENA PROGRAM SEMARAK PERPADUAN

KRT JPNIN LABUAN AGIHKAN 3,400 PEK BUBUR LAMBUK KEPADA KOMUNITI LABUAN SEMPENA PROGRAM SEMARAK PERPADUAN
WP LABUAN – Sebanyak 3,400 pek bubur lambuk agihkan sempena Program Semarak Perpaduan peringkat Labuan yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara semalam.
Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Labuan Pn. Esther Dingkawan ketika dihubungi pemberita berkata program itu yang bertemakan “Masak-Masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk” membabitkan penyertaan 17 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sekitar pulau ini.
Beliau berkata daripada jumlah pek bubur lambuk itu 850 bekas daripadanya diagihkan kepada Rumah Ibadat selain Masjid dan Surau, Rumah Anak Yatim, Warga Emas, Hospital, Balai Polis dan orang ramsi di sekitar Bazar Ramadan.
Sementara itu, majlis perasmian yang diadakan di Pusat Rukun Tetangga Batu Arang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Tn. Hj. Rithuan Mohd Ismail. Tambah beliau lagi, program memasak bubur lambuk itu dilaksanakan secara bergotong royong di kawasan RT masing-masing seterusnya diagihkan kepada komuniti kawasan yang terlibat. Ujarnya, program sedemikian dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli jawatankuasa RT dan komuniti setempat, selain meningkatkan jaringan kerjasama serta penglibatan masyarakat pelbagai kaum.
SUMBER: RTM LABUAN

Artikel/Berita Terkini

LALUAN PLAZA TOL SIMPANG AMPAT DINAIK TARAF KEPADA EMPAT LORONG

Durian Tunggal – Jalan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning akan dinaik taraf kepada …

OPERASI HARIAN & RONDAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …

JENIS TAHI TELINGA MAIN PERANAN BAU BADAN?

Setiap individu mempunyai bau badan yang tersendiri. Kebiasaannya, bau yang datang dari anggota badan bermula daripada peluh. Perkara ini akan …