KENYATAAN MEDIA MAKLUM BALAS PERBADANAN LABUAN TERHADAP ISU GIANT BANNER GEOPARK

KENYATAAN MEDIA MAKLUM BALAS PERBADANAN LABUAN TERHADAP ISU GIANT BANNER GEOPARK

LABUAN 25 April 2022 – Perbadanan Labuan (PL) mengambil maklum mengenai kenyataan yang diutarakan di dalam akhbar Daily Express bertarikh 8 April 2022 mengenai Giant banner geopark Labuan yang telah dipasang di Hotel Labuan. Pemasangan banner tersebut adalah untuk mempromosikan Geopark Labuan yang baharu seterusnya bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan. Giant banner ini merupakan salah satu alternatif Perbadanan Labuan untuk mempromosikan Geopark Labuan. Pemasangan giant banner ini telah siap dilaksanakan pada 26 November 2021. PL ingin menjelaskan bahawa kejadian kebakaran yang berlaku pada 10 Januari 2022 telah mengakibatkan kerosakan giant banner Geopark dan turut melibatkan kerosakan komponen pada panel dan braket besi. Oleh yang demikian, PL juga telah mengambil tindakan melaksanakan kerja-kerja pembukaan Giant banner Geopark daripada bekas bangunan hotel tersebut pada 10 April lalu dan tiada caj yang dikenakan oleh pihak kontraktor berhubung pembukaan banner tersebut.

Susulan pengumuman kerajaan mengenai fasa “peralihan ke endemik” pintu sempadan dalam negeri dan luar negara telah dibuka untuk aktiviti pelancongan. Memandangkan Geopark Labuan telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan, pada 16 Disember 2022, PL telah menyediakan pelan promosi pelancongan dalam negeri yang melibatkan produk pelancongan baharu iaitu Geopark ini sekaligus menggerakkan semula kitaran ekonomi setempat terutamanya pemain industri pelancongan. Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh PL dalam mempromosikan Labuan antaranya, Pertandingan E-Sport Wilayah pada 21-22 Mei 2022, Labuan International Sea Challenge pada bulan Julai, Labuan Challenge Cyclist Open pada bulan November dan banyak lagi acara yang boleh menarik minat peserta dan pelancong untuk turut serta memeriahkan suasana seterusnya dapat merancakkan kembali pusingan ekonomi setempat.

Melihat kepada kejayaan program Pertandingan Zapin Creative dan Battle of the Band, PL amat yakin untuk menganjurkan semula program Borneo Arts Festival (BAF) pada tahun ini. Program BAF ini adalah antara program yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, di mana saban tahun jumlah pernyertaan program ini amat menggalakkan. Secara tidak langsung, Labuan akan kembali meriah dengan kehadiran pengunjung dan pelancong yang menyertai program-program anjuran PL ini. Sektor ekonomi yang kembali rancak akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Tambahan pula, pada bulan Ogos ini, PL akan mengadakan Labuan Creterium 2022 yang mana, hampir 1000 penyertaan telah diterima yang melibatkan peserta-peserta dari seluruh Malaysia. Idea penganjuran pertandingan ini adalah merupakan hasil kerjasama PL dan TSS Cycling Club. Manakala, Pertandingan Labuan Team Time Trial (LTTT) iaitu acara berbasikal terbuka Labuan pula akan diadakan pada 17 Julai 2022 dengan melibatkan jumlah penyertaan sebanyak 700 peserta (Rider).

Di samping itu, kerja-kerja menaik taraf kawasan pantai Layang-Layangan sebagai pusat tarikan baharu yang bakal menjadi tumpuan ramai den aktiviti tepi pantai akan dilaksanakan. PL amat menghargai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada kerajaan atau agensi swasta yang memainkan peranan mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan. Labuan yang terkenal sebagai “The Pearl of Borneo, Where Business and Leisure Meets” diharap akan mendapat lebih banyak limpahan ekonomi melalui sektor pelancongan.

SUMBER: PERBADANAN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut