OPS SAMAR PEMATUHAN SOP PPN FASA ENDEMIK

 

GUA MUSANG : Sepasukan 3 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Pemantauan, Pemeriksaan dan Pematuhan di lokasi-lokasi tumpuan awam.
Ops Samar Pematuhan SOP PPN Fasa Endemik terhadap Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Peruncitan mendapati premis mematuhi perundangan yang ditetapkan.
Pemantauan dan pemeriksaan telah dijalankan ke atas rantaian pembekalan telur ayam dan bekalan semasa telur ayam direkodkan semasa pemeriksaan untuk tindakan selanjutnya.
Pemeriksaan dan pemantauan keatas farmasi-farmasi komuniti, fasiliti kesihatan dan premis yang dibenarkan yang menjual Kit ujian kendiri Covid-19 yang diluluskan MDA telah dijalankan, maklumat harga dan bekalan semasa yang ada di pasaran direkodkan.
Maklumat harga jualan minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol direkodkan, untuk pelaporan dan tindakan selanjutnya.
Jumlah Pemeriksaan Premis yang telah dijalankan sebanyak 20 premis dilawati dan kenyataan pemeriksaan premis dikeluarkan.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
?e-aduan.kpdnhep.gov.my
? Tel : 09-7416000
? Whatsapp : 019-2794317 @ 019-848000 (Aduan Pengguna)
? Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

𝗙𝗟𝗢𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜𝗚𝗜𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Klinik Pergigian …
Maklumat Lanjut

ELAK BULI JALAN RAYA, SABAR KETIKA MEMANDU JAMIN KESELAMATAN

Perjalanan di jalan raya dalam satu tempoh yang panjang dan berdepan dengan kesesakan adalah satu cabaran besar kepada pemandu. Pada …
Maklumat Lanjut

INFO KESIHATAN: TIPS JAGA JANTUNG UNTUK KEKAL SIHAT

Penyakit jantung antara pembunuh utama di Malaysia. Mulakan tekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan jantung kita sentiasa sihat …
Maklumat Lanjut