??????? ?????? ???????? ????? ?????? : ???? ???????? ?????? ????
WP LABUAN – Kelab Belia Tanjung Aru yang diketuai oleh En. Anas sebagai pengerusi bersama barisan kepimpinannya yang baharu, buat julung kalinya telah menganjurkan program Ihya Ramadhan bertempat di balai raya Kg. Tanjung Aru Labuan.
Dalam program tersebut, seramai 30 orang penduduk kampung yang terpilih telah menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya. Program ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Dzulfaizal bin Ab. Manan selaku Pengerusi MPP Labuan mewakili Senator Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias.
Turut hadir dalam program ini ialah En. Mohd Syahffie bin Hj. Japril (Pengarah JBS), En. Abdul Mutalib bin Sahari (Presiden MBL) dan Tn. Haji Harun (Ketua Kg. Tanjung Aru).


SUMBER: JABATAN BELIA DAN SUKAN WP LABUAN