PERPADUAN RAKYAT TERENGGANU TERSERLAH DALAM SUASANA IFTAR DI PESISIR PAYANG

KUALA TERENGGANU, 24 April 2022 – Suasana iftar pada hujung minggu semalam menyaksikan kawasan dataran di Pesisir Payang, berhampiran jambatan angkat atau ‘drawbridge‘ dibanjiri ribuan pengunjung yang datang ke situ untuk berbuka puasa. Kawasan itu menjadi tumpuan ramai berikutan pemandangan menarik berlatarbelakangkan jambatan angkat Kuala Terengganu.

Perhimunpunan yang besar ini menjadi aktiviti tahunan penduduk sepanjang bulan Ramadan dan kebanyakkan yang hair adalah bersama keluarga yang menjadikan susana tersebut positif serta dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan. Selain dari itu, walau tidak mengenali antara satu sama lain, mereka dari kumpulan yang berbeza turut bertukar juadah ketika berbuka puasa bagi berkongsi rezeki yang ada.

Ini jelas menunjukkan bahawa tahap perpaduan dikalangan rakyat Terengganu sangat tinggi dalm tidak hairanlah jdengan anugerah yang diterima oleh Kuala Terengganu sebagai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia. Melalui aktiviti sebegini, ia dapat memupuk kesepaduan nasional dikalangan masyarakat selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

(sumber : TV Darul Iman – UPDI)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESEPADUAN NASIONAL

PERPADUAN MASYARAKAT

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut