PENGOPERASIAN PESAWAT EC 725 AP SECARA RASMINYA DI BANGUNAN NO. 10 SKUADRON

KUANTAN, 24 APRIL 2022 – Tanggal 21 April 2022 merakamkan detik bersejarah buat warga No. 10 Skuadron apabila secara rasmi bermulanya pengoperasian pesawat EC 725 AP di Bangunan Hangar No. 10 Skuadron. Perasmian pengoperasian telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig. Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM.

Sebagai simbolik permulaan pengoperasian, satu penerbangan formasi pesawat EC 725 AP telah dilaksanakan yang diketuai oleh Pegawai memerintah No 10 Skuadron, Mej. Paranjothi Manogharan TUDM. Seterusnya warga skuadron merakamkan kenangan bersejarah mengabadikan memori dengan sesi bergambar bersama seluruh warga No. 10 Skuadron.

Majlis Doa Selamat dan Tahlil dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran dan bagi mendapatkan keberkatan dengan pengoperasian penuh aset helikopter TUDM ini yang diadakan di Bangunan Hangar No 10 Skuadron. Ia diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa mengumpulkan seluruh warga skuadron untuk mengimarahkan bulan Ramadhan pada tahun ini disamping memohon keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Bagi pengoperasian skuadron, progress perpindahan ke Bangunan Hangar No. 10 Skuadron ini telah bermula secara berperingkat sejak awal April dan kini telah berjaya melaksanakan pengoperasian pertama pesawat EC 725 AP dengan kemudahan yang baharu. Kemudahan yang disediakan ini mewujudkan persekitaran ruang kerja yang lebih kondusif dan keselesaan untuk warga skuadron melaksanakan misi dan operasi dengan lebih efisien.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada warga PU Kuantan yang telah bertungkus lumus membantu dalam menjayakan perpindahan ini.

Sumber: Laman FB Tentera Udara Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut