PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI): “SIGAI DUA SEGERAGAI” BERDASARKAN DASAR KESELAMATAN NEGARA: ELEMEN KESELAMATAN MENYELURUH

Tahukah anda pepatah “Sigai Dua Segeragai”? Pepatah ini merujuk kepada apa jua perkara yang ada sangkut pautnya dengan perkara yang lain. Ia membawa maksud yang sama dengan kesan domino (domino effect) atau kesan berantai (chain reaction).

  • Apakah hubungkait “sigai dua segeragai” dengan isu PATI?
  • Apakah implikasi isu PATI kepada negara atau kita di negeri Kedah?

Menurut Intan Suria Hamzah & Sity Daud (2016), antara musuh utama negara kini adalah jumlah pendatang asing di Malaysia yang semakin ramai. Cabaran dalam menangani isu dan masalah berkaitan pendatang asing adalah seperti pergaduhan, pengedaran dadah, pecah rumah, bunuh, kerosakan harta benda, monopoli perniagaan, pembukaan penempatan haram, tiada pekerjaan, pergaulan bebas dan sebagainya.

Jom kita lihat SECARA RINGKAS, apakah contoh kesan rantaian akibat daripada PEMBOLOSAN PATI ke negara ini, berdasarkan kepada tiga (3) Elemen Keselamatan Menyeluruh, Dasar Keselamatan Negara:

  1. Keselamatan Ekonomi (Economic Security)

i. Pembolosan PATI memberi kesan secara langsung terhadap keselamatan ekonomi Malaysia, seperti menutup peluang pekerjaan bagi warga tempatan.

ii. Bayaran upah PATI yang lebih murah menyebabkan majoriti majikan mengutamakan PATI sebagai pekerja terutamanya bagi sektor pengkuarian, pembinaan, perladangan dan pelbagai sektor lagi.

iii. Menyebabkan peningkatan kadar pengangguran di kalangan warga tempatan terutamanya golongan belia.

 

  1. Ketenteraman dan Keselamatan Awam (Public Order and Public Security)

i. Kebanjiran PATI ke negara kita turut mengakibatkan peningkatan dalam kadar jenayah di dalam negara.

ii. Intan Suria Hamzah & Sity Daud (2016) mendapati kes-kes seperti jenayah kekerasan dan jenayah harta benda jelas menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun yang melibatkan warga asing.

iii. Warganegara Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi dalam penglibatan jenayah diikuti oleh Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Filipina dan lain-lain bangsa (Intan Suria Hamzah & Sity Daud, 2016).

 

  1. Keselamatan Masyarakat dan Sosial (Societal Security)

i. Menurut Fuad Mohamed Berawi (2019), jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia dianggarkan kini mencecah seramai 500,000 orang dengan negeri Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan negeri tertinggi yang menjadi tumpuan PATI.

ii. Rangkaian sosial yang semakin meluas antara PATI dan tren peningkatan kadar jenayah kekerasan dan harta benda melibatkan warga asing memberi kesan langsung kepada keselamatan sosial dan masyarakat di Malaysia.

iii. Kesejahteraan sosial masyarakat tempatan terjejas dan menyebabkan minda masyarakat berada di dalam keadaan was-was, kegelisahan, dan ketakutan terutamanya di komuniti yang dilimpahi dengan pendatang asing (Fuad Mohamed Berawi, 2019).

iv. Limpahan pendatang asing dalam jumlah yang terlalu banyak dan tidak terkawal mengundang pelbagai isu dan permasalahan ekonomi, sosial, dan politik seperti meningkatkan darjah kebergantungan kepada pendatang asing terutama yang berkemahiran rendah.

 

TINDAKAN:

✅         Justeru, Kerajaan Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara telah menggariskan dan memberi keutamaan kepada perkara ini melalui Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 (DKN).

✅         DKN ini dirangka secara terperinci kepada semua Jabatan/Agensi Kerajaan secara keseluruhannya untuk menangani isu PATI di negara ini.

✅         DKN turut menggariskan peranan komuniti untuk mengekang pembolosan PATI melalui elemen keselamatan menyeluruh (comprehensive security).

 

RUJUKAN:

 

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025. (Pautan:

https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/DASAR-KESELAMATAN-NEGARA-2021-2025.pdf)

 

Fuad Mohamed Berawi. (2019). Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Johor: Profil Demografi dan Dokumen Kemasukan. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 16, Issue 1 (2019) 72-92. UUM, Kedah. (Pautan:

https://www.akademiabaru.com/doc/ARSBSV16_N1_P72_92.pdf)

 

Intan Suria Hamzah & Sity Daud. (2016). Implikasi Kemasukan Pekerja Asing Di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal. Jurnal Sains Insani 2016, Vol. 01: 69-77. UKM, Bangi. (Pautan:

https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5148)

 

Intan Suria Hamzah, Sity Daud & Nor Azizan Idris. (2016). Pelarian Rohingya dan Isu-Isu Kontemporari di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space Vol.12 Issue 9 (11 – 23). UKM, Bangi. (Pautan:

http://journalarticle.ukm.my/10572/1/2x.geografia-jul16-Intan%20Suria-edam.pdf)

 

Muhammad Afham Ramli (2020, 5 September). PATI beri ancaman kepada negara. Sinar Harian Online. (Pautan:

https://www.sinarharian.com.my/article/99740/BERITA/Jenayah/PATI-beri-ancaman-kepada-negara)

 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut