WP LABUAN – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan RM50,000.00 kepada tabung dana kebajikan Hospital Labuan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pesakit dan Hospital Labuan hari ini. Penyerahan simbolik bantuan diserahkan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Setiusaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada YBhg. Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri W.P. Labuan di perkarangan Hospital Labuan.
Bantuan disalurkan bertujuan untuk membantu para pesakit yang memerlukan bantuan pembiayaan peralatan perubatan, pembedahan, menampung kos perjalanan dan sebagainya. Pada masa yang sama, seramai 180 orang pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di wad Hospital Labuan termasuk pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis tanpa mengira bangsa dan agama turut menerima sumbangan. Setiap pesakit menerima sumbangan wang tunai RM100 seorang dengan jumlah keseluruhan RM18,000.00. Ini sebagai tanda kprihatinan MAIWP dan pemimpin masyarakat dalam menjalankan dakwah selain daripada meringankan beban serta mewujudkan kegembiraan para pesakit.
Lawatan ke wad lelaki dan bangunan haemodialisis menjadi acara penutul dalam majlis ini. YBhg. Datuk Setiausaha MAIWP berkesempatan bertanya khabar dan menyumbangkan sumbangan kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan di wad tersebut. Turut hadir, YBrs. Us. Md Fadzli Md Saad, Pengurus MAIWP Labuan, YBhg. Dr. Adnan Musa Balidran, Pengarah Hospital Labuan serta para pemimpin masyarakat.


SUMBER: MAIWP LABUAN