MAJLIS PELANCARAN PERGERAKAN MASSA: #TERIMAKASIHCIKGU

WP LABUAN – Majlis Pelancaran Pergerakan Massa : #terimakasihcikgu Sempena Hari Guru Peringkat Labuan 2022 berlangsung di Desa Tunas Hijau. Pelancarannya telah disempurnakan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, En. Yusup Mohamad.
Dalam ucapan pelancarannya beliau berkata, guru sebagai golongan profesional perlu bersedia menerima perubahan dan memiliki ciri-ciri kreatif dan inovatif untuk melakukan transformasi dalam pendidikan.
Ini kerana katanya, tugas guru tidak semudah yang disangka lebih-lebih lagi terpaksa mendepani pendidikan dalam norma baharu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para pendidik kerana telah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk membangunkan potensi modal insan yang berilmu dan berakhlak. Pada majlis ini, turut diadakan penyampaian surat kenaikan pangkat kepada 69 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pelbagai gred jawatan, penyampaian sijil Focal Person PIBKS serta persembahan selawat dan qasidah. Tema sambutan Hari Guru tahun ini ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’, yang disambut pada 16 Mei nanti.
SUMBER: BES LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …