Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Labuan telah menerima satu(1) Kes Pokok Tumbang (LLK) daripada Pusat Kawalan 999 kelmarin.
Menurut sumber aduan yang diterima, Pokok tumbang tersebut telah menghalang jalan dan menimpa kabel Telekom Malaysia (TM) dikawasan Perumahan Taman kerupang 1,
Seterusnya, anggota bertugas APM Labuan terus bergerak menuju ke lokasi membuat tinjauan dan pemantauan bagi mengenal pasti bahaya dan risiko terlebih dahulu sebelum membuat pengoperasian mengalihkan pokok tumpang.
Setelah tinjauan dan pemantauan dilakukan, anggota bertugas segera menyediakan peralatan dan memulakan operasi mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalan. Pokok tumbang telahpun berjaya dialihkan dengan kolaborasi bersama Juruteknikal Telekom Malaysia.


SUMBER: APM WP LABUAN