GAGAL JAGA KEBERSIHAN, JKN PULAU PINANG KELUAR 25 NOTIS KOMPAUN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Butterworth, 21 April 2022 – Cawangan Penguatkuasaan Inspektor Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah mengeluarkan sebanyak 25 notis kompaun terhadap peniaga di sebuah bazar Ramadan di Sungai Dua, Butterworth, Seberang Perai Utara (SPU). Tindakan telah diambil ketika mengadakan serbuan mengejut kira-kira jam 5.00 petang pada 21 April 2022.

Di antara kesalahan yang dikesan adalah membiarkan lauk pauk yang ingin dijual kepada pelanggan dalam keadaan terdedah tanpa pengawasan hingga dihurungi lalat. Terdapat juga kesalahan seperti telur ayam yang digunakan tidak dicuci dengan betul (masih melekat najis ayam) dan penggunaan tuala kotor yang boleh mengundang pencemaran bakteria. Selain itu, segelintir peniaga juga didapati kurang menitikberatkan soal pemakaian perlindungan diri (PPE), tidak mengambil suntikan anti tifoid dan ada yang masih tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Inspektor Kesihatan merangkap Ketua Unit Cawangan Penguatkuasaan JKNPP, Mohd Wazir Khalid, sebanyak 25 notis kompaun yang keseluruhannya bernilai RM12,000 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Operasi berlangsung selama lebih kurang dua (2) jam ini turut disertai Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Utara dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Sumber : HM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …