PROGRAM IHYA RAMADAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SEMBILAN BERSAMA MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DAN EDARAN KIT DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

   

Nilai, 21 April – Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar USIM telah mengadakan Program Ihya Ramadan dan sesi ramah mesra Bersama mahasiswa/mahasiswi serta edaran juadan berbuka serta Kit DKN di Kompleks Pusat Islam USIM.

   

Antara objektif program ialah bagi memperkasakan konteks keselamatan negara Malaysia yang merupakan aspirasi yang bersifat menyeluruh merentas setiap aspek kehidupan tanpa mengira latar belakang dan penerapan pembentukan minda keselamatan dalam kalangan mahasiswa; serta meningkatkan lagi jaringan sosial dan keselamatan antara mahasiswa dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan.

   

Program turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni USIM, Prof Dr Adnan Mohamed Yusoff, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM, Tuan Md Ishah bin Rahman serta pegawai dan kakitangan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan MKN Negeri Sembilan.

   

     

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …