OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADAN PRESINT 14

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADAN PRESINT 14 OLEH PERBADANAN PUTRAJAYA DAN PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA

Pemeriksaan dan penguatkuasaan Bazar Ramadan telah dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Pejabat Kesihatan Putrajaya (PKPj) di tapak Bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya. Pemeriksaan difokuskan kepada pematuhan Keselamatan dan Kualiti Makanan mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WP Putrajaya) 2016.

Operasi ini merupakan fasa penguatkuasaan, susulan pemeriksaan pertama dan kedua yang telah dijalankan pada 3-19 April 2022 yang lebih tertumpu kepada aspek pendidikan kesihatan dan pemeriksaan rutin.

Sebanyak 8 kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga di Bazar Ramadan Presint 14. Butiran penguatkuasaan yang telah diambil adalah 5 kompaun dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 & 3 kompaun dibawah UUK Pelesenan Penjaja (WP Putrajaya) 2016.

 

SUMBER: FB PERBADANAN PUTRAJAYA https://www.facebook.com/putrajaya

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut