KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DI MASJID JAMEK NEGERI, KUCHING

22 APRIL 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di Masjid Jamek Negeri, Kuching, Sarawak semalam.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majlis itu pada 6.30 petang diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Seri Paduka berdua disambut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada majlis itu, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 penerima daripada golongan asnaf.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …