LEBIH 570,000 KANAK-KANAK DI MALAYSIA LENGKAP VAKSINASI COVID-19

Sebanyak 572,744 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 16.1 peratus daripada populasi itu di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Khamis.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,447,377 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.7 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,881,518 individu atau 92.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,982,044 atau 95.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,998,406 individu atau 68 peratus telah menerima dos penggalak, 22,963,218 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,240,041 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 59,460 dos vaksin diberikan pada Khamis melibatkan 13,412 dos pertama, 39,883 dos kedua dan 6,165 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,872,350.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Khamis dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu tiga kes manakala Sabah dan Sarawak masing-masing mencatat satu kes.

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …