KONGSI REZEKI – JPJ NEGERI SEMBILAN AGIH BUBUR LAMBUK

   

Sempena sambutan Hari JPJ Ke-76 dan juga bulan Ramadhan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan telah meneruskan lagi hasrat murni berkongsi rezeki dengan mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan JPJ dan juga orang awam.

Tujuan pogram ini diadakan adalah bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang barakah ini dengan berkongsi rezeki sesama warga JPJ Negeri Sembilan termasuk juga kakitangan di Pejabat-pejabat Cawangan Kuala Pilah, Jempol, UTC Seremban dan SP Pedas. Bubur lambuk ini juga turut diagihkan kepada pelanggan-pelanggan yang hadir berurusan disini.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Tuan Hanif Yusabra Bin Yusuf bersama-sama Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, Tuan Norazman Bin Annuar serta Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan mengagihkan bubur lambuk tersebut di samping menjalankan advokasi keselamatan jalan raya dengan mengedarkan risalah berkenaan kepada pelanggan JPJ. Dalam program pada kali ini, sebanyak 500 pek bubur lambuk diagihkan.
Usaha-usaha murni seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat jabatan kepada kakitangan dan juga orang awam.

Sebelum itu, kakitangan JPJ Negeri Sembilan sama-sama bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk ini dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat berpasukan di kalangan mereka.

   

Sumber : JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut