22 APRIL 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke bazar Ramadhan Satok, Kuching, Sarawak, semalam. Turut berangkat anakanda Seri Paduka Baginda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YB Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datoโ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri Datin Sri Hajah Zuraini binti Abdul Jabbar.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan membeli juadah berbuka puasa dan meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung di bazar Ramadan tersebut.
Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni peniaga-peniaga di bazar Ramadan tersebut. Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat ke majlis berbuka puasa dan santapan malam di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya, semalam.
Sumber: Laman FB Istana Negara