KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT TIBA DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING BAGI LAWATAN RASMI KE NEGERI SARAWAK

22 APRIL 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi lawatan ke negeri Sarawak selama dua hari.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 12.15 tengah hari disambut TYT Yang di-Pertua negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, ketiga-tiga Timbalan Premier – Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta barisan Kabinet negeri Sarawak.

Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat ke majlis berbuka puasa dan santapan malam bersama pemimpin kerajaan negeri dan rakyat di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya, semalam. Pada majlis itu juga, Seri Paduka berdua akan berkenan menyampaikan kurniaan sumbangan kepada 30 penerima.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …