APM LABUAN BANTU MENANGKAP BIAWAK YANG TERSANGKUT DI KAWASAN SEKOLAH

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Labuan telah menerima satu(1) Kes Biawak (LLK) daripada Pusat Kawalan 999 pada semalam.
Menurut sumber aduan yang diterima, biawak tersebut berada di dalam longkang dan tersangkut pada penghadang besi longkang di kawasan Sekolah. Seterusnya, anggota bertugas segera menyediakan peralatan khas menangkap biawak dan bergerak ke lokasi pengadu.
Setibanya di lokasi (SJK(C) Chung Hwa), anggota bertugas berjumpa dengan pengadu dan bertanyakan lokasi biawak tersebut, lalu segera melakukan kerja-kerja menangkap biawak dengan menggunakan peralatan khas seperti Penjerut dan Penyepit.
Satu(1) spesis biawak berjaya ditangkap dan dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Labuan sebelum dilepaskan semula kehabitat asalnya.
SUMBER: APM LABUAN

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut